Selasa, 14 Mac 2017

Perlu Arahan Buka Pusat Pendaftaran Pemilih Pada Sabtu dan Ahad

SARANAN Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan  agar rakyat Malaysia berusia 21 tahun keatas dibenarkan mengundi tanpa mendaftar sebagai pemilih(pengundi) bagi menentukan parti mana yang akan layak mentadbir negara,negeri,kawasan amat  keterlaluan.
Menurut pandangan seorang kakitangan suasta,Khairul Sidek sebentar tadi,saranan itu lahirnya dari sikap pemalas terutamanya pemimpin pembangkang.

Namun begitu,ada sedikit kebaikan jika dinilai dari jumlah rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pemilih.

Sekiranya saranan itu diterima ia memberi kesenangan kepada banyak pihak bukan sahaja kepada SPR.

Cadangan kepada Kerajaan Persekutuan supaya setiap individu berumur 21 tahun keatas atau yang tidak pernah mendaftar sebagai pilih dibenarkan mengundi menggambarkan sikap rakyat Malaysia tidak ambil peduli betapa pentingnya seseorang  individu  menentukan kedudukan atau kekuatan sesebuah parti bertanding.

Khairul Sidek  menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mendaftar sebagai pemilih bagi menentukan kuasa politik orang Melayu memandangkan Melayu paling ramai tidak berbuat begitu sebelum mengakhiri perbualannya.

Pemimpin-pemimpin politik dan jentera masing-masing seringkali menyeru agar  mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih berbuat dengan segera berikutan masa pilihan raya semakin dekat.

Namun kebanyakan daripada mereka ini lebih bersikap pekak daripada bisu ,ada juga yang memberi alasan masa yang ada tidak mencukupi untuk mereka berbuat demikian.

Antara syarat utama individu berkelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah mencapai umur 21 tahun, bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan dan tidak hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Persekutuan perlu berbuat sesuatu agar jumlah jutaan yang belum mendaftar berkurangan termasuklan buka pusat pendafatran pemilih pada hari cuti  Sabtu dan Ahad di negeri-negeri di semenanjung juga Sabah dan Sarawak sekiranya benar kerugian terasa.

Selasa 12:01 AM 14/3/2017 -RESPECT MYPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan